CompTox Chemicals Dashboard
CompTox Chemicals Dashboard

CompTox Chemicals Dashboard

CompTox Chemicals Dashboard ialah sebuah pangkalan data dalam talian akses bebas yang dibangunkan dan dikendalikan oleh Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat (EPA). Pangkalan data ini menyediakan akses bagi pelbagai jenis data termasuk sifat fizikokimia, kesan persekitaran, pendedahan, penggunaan, keracunan in vivo, dan bioassai in vitro. Pihak EPA dan saintis lain menggunakan data dan model yang ada dalam pangkalan ini untuk membantu mengenal pasti bahan kimia yang memerlukan ujian lebih lanjut dan mengurangkan penggunaan haiwan dalam ujian kimia. Pangkalan ini juga digunakan untuk memberikan akses kepada orang ramai berkenaan maklumat dari Pelan Tindakan EPA.[1][2] Pangkalan data ini mengandungi struktur dan maklumat bahan kimia berkualiti tinggi yang telah banyak dikurasi dan diperiksa kualitinya, dan dapat digunakan sebagai rujukan oleh para saintis analitik yang terlibat dalam pengenalan struktur kimia.[3]